Followers

Thursday, 16 May 2013

Beruntunglah Wahai Hati Yang Bersedih

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

ingat 5 perkara sebelum 5 perkara bukan?
antaranya lapang sebelum sempit..
memang ku akui, waktu lapang inilah perlu digunakan sebaik-baiknya sebelum datangnya waktu sempit,
bila waktu sempit menghimpit bukan setakat update entri, kadang-kadang makan minum pun tak terurus..
tapi tu bukan main point kali ini yea :)

main point kali ni adalah tentang satu perkara yang Allah SWT anugerahkan tetapi kebiasaannya kita tidak menganggap yang ianya adalah satu anugerah..

satu perkara yang Allah SWT akan campakkan ke dalam hati kita yang menyebabkan kita tak mampu lakukan apa-apa.


satu perkara yang dianggap akan menyebabkan kekecewaan pada permulaannya sebenarnya merupakan pemangkin untuk kita bangkit pada kesudahannya tanpa diri sedari,,

itulah kesedihan..

siapa yang mahu bersedih bukan? semua insan tahu kesedihan merupakan perkara yang tidak seorang pun inginkan..

tidak kiralah siapa kita, apabila Allah SWT 'anugerah'kan kesedihan ini kepada kita, tiada apa yang mampu kita lakukan..maka mengalirlah air mata kesedihan.

tapi,,

cuba kita amati apakah setiap kesedihan akan berpanjangan begitu sahaja? adakah Allah SWT yang Maha Penyayang sanggup melihat hamba yang Dia sangat cintai bersedih berpanjangan? pastinya tidak kan?

Allah SWT kan TUHAN kita..
Pemilik kita..
Penjaga kita..
Pelindung kita..
pastinya Dia tahu apa yang terbaik untuk kita :)

cubalah kita lihat, berapa ramai yang mencari Allah ketika gembira,,
tidak ramai bukan?
tapi cuba lihat berapa ramai orang yang mencari Allah ketika sedang bersedih,,

Allah SWT pastinya merindui suara kita mengadu, suara kita meminta, suara kita menangis dihadapannya.. cuba bayangkan jika kesedihan tiada.. pastinya kita akan terus leka dibuai kegembiraan..Allah SWT amat menyayangi kita, hambaNya,,lalu didatangkan kesedihan dihati supaya kita bergembira diakhirat nanti..

memang benar kita tidak disuruh mencari kesedihan tetapi lihatlah bagaimana kesedihan mampu mendekatkan kita dengan Allah Pemilik kita..

mungkin sebelum ini kita seorang yang sombong, seorang anak yang tidak menghargai ibu bapa, seorang yang lupa kepada Allah dan tidak pernah rasa bersalah pabila dosa dilakukan..tapi pabila kesedihan dianugerahkan menyebabkan kita kembali sedar yang sebelum ini kita tidak punyai apa-apa..menyebabkan seorang anak sedar betapa besarnya nilai ibu bapa bagi seorang anak untuk terus berjaya hingga ke syurga,,

Allah tidak pernah melupakan kita, diberiNya ujian kesedihan kepada kita hingga kadang-kadang tanpa kita sedar kita menyebut "yaAllah,kasihanilah aku", "yaAllah, ampunilah aku", "yaAllah,permudahkan urusanku"..

lihatlah,,
dengan kasih dan rahmat Allah..kesedihan yang kita rasa menyusahkan mampu mendekatkan kita dengan Allah SWT..bila mengalirnya air mata kesedihan bukan bermakna kita tewas tapi merupakan peluang untuk kita bangun menjadi manusia yang lebih baik dan air mata itulah yang mampu menjadikan kita manusia yang luar biasa..

yakinlah, percayalah, dan bertaubatlah kepada Allah.. insyaAllah jalan keluar pasti ada untuk kita hambaNya..


Saturday, 16 February 2013

Kehebatan Akhlak Rasulullah Mengawal Kemarahan Yahudi Pengutip Hutang

Suatu kisah ketika Rasulullah SAW sedang duduk ditengah-tengah para sahabat, tiba-tiba datang seorang rahib yahudi bernama Zaid bin Sa’nah. Kemudian dia menyambar kain Rasulullah SAW dan berkata dengan kasar; “Ya Muhammad! Bayarlah hutangmu. Kamu keturunan Bani Hasyim melambat-lambatkan pembayaran hutang.”

Sememangnya ketika itu Rasulullah SAW berhutang dengan yahudi tersebut. Tetapi Rasulullah mengerti bahawa masa yang dijanjikan untuk membayarnya belum sampai. Melihatkan keadaan sebegitu, Saidina Umar r.a lalu bangun dan menghunus pedangnya. “Wahai Rasulullah SAW, izinkan aku memenggal leher manusia yang kurang ajar ini.”

Namun, dengan penuh kelembutan dan ketenangan Rasulullah SAW bersabda; “Ya Umar, aku tidak disuruh berdakwah dengan cara yang kasar. Antara aku dan dia memang memerlukan kebijaksanaan daripadamu. Suruhlah dia menagih hutangnya dengan sopan dan ingatkanlah aku supaya aku dapat membayar hutangku dengan baik.”

Mendengar sabda Rasulullah SAW tersebut, orang yahudi itu pun berkata: “Demi yang mengutusmu dengan kebenaran, sebenarnya aku tidak akan datang untuk menagih hutang, tetapi aku datang untuk menguji akhlakmu. Aku mengerti masa untuk melunaskan hutang itu sebelum sampai waktunya. Akan tetapi aku telah membaca sifat-sifatmu dalam kitab Taurat. Semua sifat-sifatmu sungguh terpuji. Namun masih ada satu sifatmu yang belum aku ketahui iaitu tentang kebijaksanaanmu bertindak ketika waktu marah. Ternyata tindakan ceroboh yang dilakukan orang terhadapmu, engkau masih dapat mengawalnya dengan cara bijaksana.”

Ini merupakan satu hakikat yang aku saksikan sendiri, maka terimalah Islamku ya Rasulullah SAW. Kemudian orang yahudi itupun mengucap dengan mengakui Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Rasulullah SAW adalah pesuruh ALLAH.

Kemudian ia berkata lagi: “Wahai Rasulullah, adapun hutangmu, aku sedekahkan kepada fakir miskin dan kaum muslimin”

Demikianlah antara sebuah kisah kehebatan akhlak Rasulullah SAW dalam menghadapi marah. Manakala, hari ini dalam menguruskan kemarahan yang terjadi tanpa diminta, adalah menjadi tanggungjawab setiap insan dalam menghadapi situasi yang mudah mengundang marah, memerlukan tindakan pantas kepada memikirkan sabar.

Rasulullah bersabda bermaksud :

“Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).” (Riwayat al-Tirmizi)

Wednesday, 9 January 2013

Memohon Tiada Pengakhiran


selalu kita hendakkan sesuatu,,
selalu kita minta ditunaikan,,
selalu kita dapat apa yang kita nak,,

tp,,,

selalu kita lupa SIAPA yang tunaikan hajat kita,,
selalu kita lupa mengucapkan syukur atas kurniaanNYA
selalu kita leka dengan nikmat yang telah kita ada,,
selalu kita salah guna nikmat yang telah kita dapat,,

tp ada juga,,

kadang-kadang bukan semua yang dihajatkan dapat,,
kadang-kadang mereka bersedih kerana hajat tidak ditunaikan,,
kadang-kadang takdir disalahkan,,

****

ketahuilah wahai hati,,kadang-kadang apa yang kita hajatkan tak selalunya indah,,
kita hanya hamba,,
yang tidak mengerti apa-apa tentang rencana Yang Maha Pencipta..
hanya DIA yang Maha Mengetahuinya..

ketahuilah wahai hati,,kadang-kadang lain yang kita hajati, lain yang ditunaikan,,
kita hanya hamba,,
yang sentiasa terdorong dengan nafsu,,yang amat cetek pemikirannya,,
DIA Yang Maha Penyayang tahu apa hikmahNya.. DIA mahu memberi apa yang terbaik buat hambaNya..
mungkin apa yang kita hajati hanya baik pada yang tersurat tapi Sang Pencipta Maha Bijaksana pasti tahu apa yang tersirat..

yakinlah wahai hati,, DIA amat menyayangimu.. DIA mahukan yang terbaik untukmu..DIA Maha Mengetahui.. DIA tahu apa yang telah DIA rencanakan buatmu adalah yang terbaik,, kita bukan siapa-siapa untuk memikirkan soal takdir dan urusan Ilahi..

bersabarlah wahai hati,,mungkin permintaanmu tidak DIA tunaikan sekelip mata,, percayalah.. DIA sedang rindukan suaramu merintih merayu padaNYA..mungkin sesuatu yang kamu pinta akan DIA tunaikan tanpa kamu sedari..mungkin bukan dalam bentuk yang kamu hajatkan malah ianya lebih baik daripada itu..

istiqamahlah wahai hati,, teruskan mendekatiNYA andai kata permintaanmu DIA perkenankan.. andaikata masanya belum tiba jangan kamu gusar.. teruskan mendekatkan diri padaNYA.. jangan sekali-kali kamu berputus asa.. DIA Maha Mendengar,, Maha Melihat,,

teruskanlah wahai hati,, dekatlah kamu dengan Ilahi,,kamu bukan lalang,,sekali ditiup sekali bergoyang,,andai tiada angin maka pegunlah kamu..andai tiada hajat maka tidaklah kamu mendekati Empunyamu..
wahai hati, kamu adalah hamba,, hamba yang tugasnya adalah mentaati dan mendekati pemilikmu Yang Maha Esa..

maka sentiasalah kamu bersyukur dengan segala ketentuanNya wahai hati..moga ALLAH redha.. :)

Sunday, 23 December 2012

HikmahNya Pasti Ada


"assalamualaikum adam. ape kau buat sorang-sorang kat sini ni? muka macam ayam berak kapur pulak tu.."
tegur fariz, sahabatku yang tak pernah lekang senyumannya. sentiasa ceria.

"waalaikumussalam fariz,, saje ambil angin petang ni.. muka ayam berak kapur kau cakap kat aku? kenapa?"

"tak la.. aku tengok muka kau masam je.. ada problem yea?"

"tak ade apa-apa la fariz.. aku kan memang macam ni.."
terpaksa aku ukirkan senyuman kelat kepada fariz..

"adam,, kau tipu aku kan? macam la baru semalam aku kenal kau."
usik faris lalu duduk disebelahku.

"hurmm...."
panjang nafasku dihela..berat untuk aku ceritakan kepada fariz,,tapi, dia sahajalah sahabat yang paling rapat denganku..sejak dari bangku sekolah menengah kami berkawan,, alhamdulillah kami disatukan sekali lagi di kolej matrikulasi dan seterusnya kami ditakdirkan menyambung pelajaran di universiti yang sama dan jurusan yang sama..fariz memang sahabat karibku in shaa Allah dunia dan akhirat..jika aku ada masalah pasti dia orang yang pertama dapat menghidunya..sikap ceria dan ambil beratnya membuatkan aku selesa untuk menceritakan masalah yang aku hadapi..itulah gunanya sahabat! :)

"fariz,, kau ingat lagi tak student muslimah yang aku cerita kat kau hari tu"

"ha! kan aku dah agak,, mesti ada masalah ni.. hurm.. hanani yea? mesti la ingat.. kenapa? masalah dengan dia ke? ..kejap! kau tak pernah pun cakap dengan dia kan? takkan tiba-tiba jadi masalah?"

"fariz,, aku suka dia la,, aku nak jadikan dia isteri aku,,aku rasa sesuai la ni..kita pun dah tahun akhir kat sini..niat aku baik ni fariz,,"

bagiku fariz lah sahabat yang paling sesuai untuk mendengar luahan perasaan aku berkaitan CINTA ni.. bila aku mengenang kembali nasib fariz suatu ketika dulu, bagiku dia adalah seorang yang sangat kuat,,tabah,,dan bernasib baik..dia dapat bangkit setelah kekecewaan yang bagiku amatlah pedih..bayangkan pertunangan dia dan salah seorang rakan sekolah kami suatu ketika dulu terpaksa diputuskan kerana kehadiran insan ketiga..ya, bagiku ini soal takdir. siapa yang mampu menghalang,, tapi aku dapat merasai apa yang fariz hadapi pada masa itu.. hanya Allah sahajalah yang tahu..tatkala dia mendapat panggilan daripada ibunya yang memberitahu wakil bekas tunangnya menghantar kembali cincin pertunangan mereka,,dan 3bulan kemudian dia menerima kad jemputan ke majlis perkahwinan bekas tunangnya itu,, yaAllah.. sungguh hebat ujianMu untuk sahabatku sewaktu itu.. tapi fariz tetap tenang,, dia menerima segala ketentuan Ilahi.. aku tahu dia sedang bersedih tetapi apakan dayaku..aku hanya mampu memberi kata-kata semangat buatnya..fariz memang seorang yang tabah..
tapi..aku tetap bersyukur dengan ujian yang dianugerahkan kepada fariz..dia banyak berubah..perubahannya menyebabkan dia menerima cemuhan daripada rakan-rakan kami yang lain..dia sering dikaitkan dengan kekecewaan putus tunang yang pernah dihadapi..status islamik di facebook sering diperli.. namun dia tetap istiqamah.. aku tahu dia ikhlas.. ujian tersebut telah mematangkan dirinya.. dia sering menasihatiku supaya jangan terjebak dengan cinta sebelum nikah.. dia sering mengingatkanku supaya menjaga hati.. jangan biarkan ianya lalai dari mengingati Ilahi.. aku bersyukur mempunyai sahabat setabah dia..

fariz tetap tersenyum..
"kau dah beritahu dia?"

"belum,,lama dah aku pendam perasaan kat dia..aku tak pernah pun cerita kat kau kan?,,nanti kau celoteh panjang pula.."

"tak bagitahu aku pun kan?? :) kita manusia la adam..cinta tu kita tak boleh tolak tahu tak? dia datang sendiri,, memang kita sebagai manusia akan ada naluri suka, minat atau cinta tu..tak boleh lari..
Allah pun ada sebut dalam surah Yaasin, ayat 36

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.”

tengok.. Allah ciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan..bila dah berpasangan mestilah ada rasa suka tu.. betul tak?"

"fariz,, aku dapat tahu yang hanani dah berpunya.."

"laa.. kiranya kau menaruh harapan kat tunang orang la ni?"

aku hanya mengangguk,,

"patut muka macam ayam berak kapur pun aku tengok..hehe.. dah la adam.. jangan sedih ye? kau sebenarnya patut bersyukur tahu tak?"

"hurmm??", aku kebingungan

"ya adam,,kau patut bersyukur,, kau tahu kan kisah aku dengan rakan kita dulu? masa mula-mula aku dapat tahu berita tu memang aku sedih sangat adam,, kau tahu kan? tapi masa tu aku belum tahu apa Allah nak bagi kat aku.. aku waktu tu rasa menyesal sangat jumpa dia.. aku rasa better aku tak payah kenal langsung dengan dia.. tapi memang Allah dah atur semua tu adam,, kau tahu kenapa? sebab Allah sayang aku! memang ALLAH sengaja menemukan aku dengan orang yg salah supaya aku dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.. aku rasa akulah manusia yang paling bertuah adam,, aku cuba cari hikmah yang Allah nak bagi aku.. makin aku cari makin aku rasa bersyukur adam..memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik..Alhamdulillah adam,,sekarang baru aku nampak buruk baik mainan perasaan ni..cuba kau tengok insan-insan yang tengah dilamun cinta,,diorang tak kisah pun kan orang tengok diorang berkepit sana sini? bergayut telefon bagai,, panggil itu ini kat bf gf diorang,, macam tak ada rasa malu kan? kau tahu tak, sebelum ni aku sendiri pun tak perasan semua ni.. tapi lepas Allah tunjuk kat aku baru aku nampak betapa jahilnya aku dulu,, nampak kan betapa sayangnya Allah kat aku.. memang ALLAH sengaja temukan aku dengan orang yg salah supaya aku sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana ingatkan aku yang dia mungkin bukan pilihan yg hebat untuk aku…:)

sebab tu kau kena bersyukur adam! Allah dah bagi clue kat kau yang dia mungkin bukan yang terbaik untuk kau.. mungkin Allah dah aturkan seseorang yang lebih baik dan in shaa Allah yang terbaik untuk kau adam.."

"ameen,, patut la fariz..aku pun perasan,, Allah memang sengaja temukan kau dengan orang yg salah untuk jadikan kau insan yg hebat jiwanya..aku bertuah ada sahabat sehebat kau fariz."

"bukanlah macam tu adam,, tapi bagi aku yang dah tersedar ni,,ada tanggungjawab yang aku kena buat.
aku kena tolong sahabat-sahabat lain yang masih terleka.. bukan aku cemburu tengok diorang 'bahagia' tapi aku jadi susah hati,, aku tak nak sahabat-sahabat aku Allah murka..adam sahabatku, dan juga untuk diri aku yg pernah kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta ni, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan perintahNya, dan meninggalkan laranganNYA. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.."

"terima kasih fariz,,so sekarang tak ada sebab untuk aku sedih,,frust,,mesti ada yang lain kan..? :)"
aku gembira menerima nasihat daripada fariz,,walaupun penyampaiannya bersahaja tapi sangat menusuk jiwa

"adam,,KURANGKAN SOAL HATI , INGAT SOAL MATI .
Kalau hati lebih mencintai manusia melebihi Allah , jangan menyesal , jangan bersedih sekiranya cinta manusia ditolak . Kerana apa ? Kerana cinta kita melebihi cinta Allah sedangkan cinta yang datang dan berakhir adalah dari Allah .Andai cinta itu datang , kawallah ia dengan IMAN bukan dengan nafsu semata.
Cuba fikir sejenak . Andai kita dapat menyeimbangkan cinta dunia dan akhirat kita dapat dua-dua . Kita juga akan bahagia dan berjaya dunia akhirat . Tapi kalau kita kejar dunia , akhirat ditinggalkan jadi lah pepatah 'Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran' Inilah orang yang rugi ! Rugi !
jom kita muhasabah diri . Cari diri sebenar siapa kita . Apa tujuan kita hidup di muka bumi ini . Mati bila-bila masa saja tapi cinta manusia akan ternoktah juga..dah..jom balik,,kita siap-siap solat maghrib kat surau jom.."

"ok..terima kasih banyak ya fariz,,"

"no hal la adam,,apa yang kita ada ni kita perlu kongsi,,apa yang tak ada kita cari.. :)"


Monday, 10 December 2012

Nak Baik Tak Susah, Nak Istiqamah Tak Mudah

Susah kan kita nak buat baik?
bila kita nak buat baik mesti orang akan perlekehkan kita..
mesti orang akan kaitkan benda yang tak baik bila kita buat baik..
post status islamik kat fb pun kena perlekeh..
pakai tutup aurat pun kena kutuk..
jaga batas pergaulan diorang kata kita berlagak alim,, tak spoting,,

susah kan?
jadi baik pun kena kutuk,,

hurmmm..
pernah tak dengar kisah Rasulullah S.A.W. waktu Baginda nak sebarkan kalimah La ilaha Illallah dulu?? :)

kena baling batu sampai berdarah2 Rasulullah waktu tu..
tak cukup baling batu Rasulullah siap kena lempar najis lagi..
belum kira kena jerut leher..
caci maki memang dah jadi kebiasaan..
kesian Rasulullah kan?
tapi Rasulullah tetap senyum..
Baginda tetap melayan mereka dengan baik..
bayangkan hati keras masyarakat jahiliah yang memusuhi Rasulullah boleh dicairkan dengan sikap mulia Kekasih Allah bernama MUHAMMAD..
Baginda dicemuh tapi tetap istiqamah,,
Hebat bukan Kekasih Allah ini?
Baginda S.A.W mampu menarik hati yang memusuhi Islam hanya kerana perwatakan Baginda sahaja..
Hati yang pada mulanya gelap tanpa cahaya telah dipaut sehingga mereka mampu menyinari dunia dengan membawa agama yang benar. Saidina Umar Al-Khattab,,Khalid al-Walid,,Hindun Binti 'Utbah


benar wahai hati,,
istiqamah tidak mudah,,
iman umpama tayar,,
kadang di bawah kadang di atas,,
ditambah dengan persekitaran yang bisa mematahkan semangat,,

nak istiqamah memang payah,,
tak hairanlah seorang yang baru berubah ke arah kebaikan kembali semula ke pangkuan kebinasaan..
andai diri tak mampu mengawal iman dalam diri hancur luluhlah segala kebaikan yang diusahakan..

wahai hati,,

tabahlah dikau,,
usah hiraukan apa orang sekelilingmu katakan,,
mereka tidak dapat menilaimu,,
hanya Pemilikmu sahaja yang mampu meneliti niat hatimu,,
bersabarlah seperti kekasih kita, Baginda S.A.W,,
berkat kesabaran, ketabahan, kecekalan Bagindalah yang membetulkan arah tujuan manusia menuju ke keredhaan Ilahi,,

wahai hati,,

engkau akan jadi seperti apa yang engkau fikirkan,,
andai mahmudah yang engkau fikirkan maka baiklah diri,,
andai mazmumah yang engkau berada di benak fikiranmu maka kearah itulah engkau..
berubahlah engkau kerana Ilahi,,
andai niatmu untuk mengejar keredhaanNYA, maka apa yang mereka katakan dapat kau hiraukan,,
tak mustahil mereka juga akan tertarik dengan keikhlasanmu wahai hati,,

banyakkan berdoa,,
tingkatkan dan perelokkan amalan,,
agar dikau diberikan ketetapan hati,,
dipertingkatkan iman,,
teruskan usahamu dalam menjadikan dunia sebagai kebun untukmu meraih hasil diakhirat..

Semoga engkau istiqamah wahai hati. . .

Saturday, 8 December 2012

Allah Sangat Baik!

"nanti besar kamu nak kerja apa?"

"jurutera kimia, cikgu!" (walaupun masa tu tak tahu pun ape tu jurutera kimia)

"doktor, cikgu!" 

"pilot, cikgu!"

"cikgu, cikgu!"

"dentist, cikgu!"

perancangan manusia tak pernah tetap bukan? andaikata perancangan tetap sekali pun, Allah juga akan tentukan.. kan? tapi kita kena ingat, Allah Maha Mengetahui,, DIA tahu apa yang baik dan apa yg tak untuk hambaNya.. mungkin kita akan mengeluh,, kecewa,, bersedih andaikata perancangan yang sekian lama dirancang akhirnya tidak menemui kesudahan.. 

tp,,

kita mesti ingat. rancangan Allah sangat berhikmah.. mungkin hikmahNya kita tahu 'on the spot',, mungkin kita tahu esok,,mungkin lusa,,yg pasti kita akan merasainya andai kita mencarinya.. jika hikmahNya sudah kita temui, pasti kita akan menyesal dengan keluhan, kesedihan dan air mata yang pernah tumpah tatkala penentuanNya jauh berbeza dengan perancangan kita suatu masa dahulu.. 

Allah Sangat Baik!

DIA turunkan hujan,, rupanya pelangi indah yang DIA nak kita nikmati,,

begitu juga hidup kita,, Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita,, so, jangan pernah kecewa dengan nasib yang kita hadapi sekarang.. percayalah,, Allah nak pastikan kita dpt yang terbaik untuk diri kita.. mungkin apa yang kita idamkan hanya indah pada sekilas pandangan kita,, isi tersiratnya mungkin buruk bagi kita.. kita tak nampak bukan sedangkan Allah Maha Mengetahui :)

Alhamdulillah,,
Allah Maha Penyayang,,
semester 1 dalam kejuruteraan kimia sudah berlalu,,
perancangan Allah penuh rahsia bukan?
cita2 yang terungkap hanya sekadar dibibir, in shaa Allah sedang menuju ke realiti.. ameen..
sekarang cintaku kepada kimia semakin mendalam walaupun suatu ketika dahulu ia merupakan musuhku :)
biology yang menjadi kegilaanku masih lagi tersemat dihati,, in shaa Allah akan sentiasa dikemaskini.. 

akhir kalam,,

Alhamdulillah,, Thank you Allah,,

ALLAH SANGAT BAIK! <3









Saturday, 28 July 2012

Terima Kasih Awak :)

"assalamualaikum awak. saya tak boleh teruskan hubungan kita. family saya dah terima dia. ptg td dia jumpa parent saya. maafkan saya awak. assalamualaikum."

jiwa kental pemuda hancur luluh tatkala membaca sms yang disangka madah cinta. hancur bak kaca terhempas ke batu. cinta yang disulam sejak dibangku sekolah hancur begitu sahaja. janji-janji yang pernah terukir lenyap dalam sekelip mata.

kini sudah lebih 6 bulan kejadian itu berlalu. kejadian yang banyak merubah diriku. ku cuba kuatkan diri tatkala memori bersamanya terbayang difikiran. ku cuba lenyapkan dia dari ingatan. tapi  apakan daya. ku hanya insan yang lemah. insan yang terlalu berharap pada cinta yang belum pasti. semakin ku cuba, ingatan tentang dia semakin kuat. yaAllah.. bantulah aku..

**********

"wahai sahabatku, sampai bila kau mahu begini? kau dah tak seceria dulu. kerana cinta manusia kau jadi begini? kami benar-benar rindukan senyum tawamu sahabat", kata-kata amir sahabatku di beranda masjid pada malam itu membuatkanku keliru. dia tidak memahamiku atau dia sedang mengambil berat tentangku. begitulah perasaan tatkla diri dirasuk kecewa. nasihat yang sepatutnya diterima dengan baik tapi telah disalahertikan.

"amir, kau pernah duduk kat situasi aku? kau pernah kecewa? kau tak faham amir. cakap memang mudah. tapi aku yang menanggung. sakit amir. sakit", tanpa disangka air mataku mengalir membasahi pipi.

"lelaki yang soleh tak akan mudah menyerah kepada cinta seorang wanita yang belum pasti menjadi isteri sahabatku". mendatar suara amir.
"macam mana boleh kau cakap kau sayang dia sedangkan kau sedang membawa dia ke jalan yang salah?".

"tapi kami tak pernah jumpa. tak pernah buat benda-benda salah".

"sahabatku. hukum tak menghalalkan cara. dalam tak sedar kau dah rosakkan hati kau dah hati dia"

kata-kata yang membuatkan imanku tercegat. Menusuk kalbu! Syukur aku mempunyai sahabat yang mampu membimbingku ke jalan Ilahi. amir, syabab yang terlekat kopiah dikepalanya. wajahnya begitu menyejukkan mata. Selalunya dialah tempat aku meluahkan segala kekusutan yang melanda diri..

"jodoh tu urusan Allah,. kalau kau rasa kau sayang dia then nak bercinta dgn dia smpai kahwin. padahal skrg kau tak ada apa-apa. tak ada jaminan kau akn kahwin dengan dia satu hari nanti. itu bukan ikhtiar sahabatku. jgn memberatkan hidupmu dengan memikirkan urusan Allah.. Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya "

air mataku kembali berguguran.

"Menangis tak salah pun sahabat, yang salahnya ialah menyalahkan takdir dan bersangka buruk pada Allah. Yakinlah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Apapun, semoga kita cukup cubaan dan dugaan untuk menjadikan kita kuat menghadapi cabaran. Think positive okey. percayalah! Allah SWT buat sesuatu untuk sesuatu sahabatku. pasti ada hikmah DIA yang tersembunyi. bersabarlah. kalau dia datang lagi di ingatan kau ambillah wuduk, bacalah kalamNYA. Pasti hati kau akan kembali tenang. cukuplah mengenang kenangan yang lalu. hidupmu perlu diteruskan. aku doakan kau sentiasa tabah sahabat.Ingat, jangan pernah fikir bahawa kita berseorangan. Allah itu sentiasa ada bersama kita.. hm, memang susahkan nak lupakan seseorang yang banyak memberikan segalanya kepada kita kan? tapi kau mesti ingat dan sedar siapa yang paling banyak memberi kita segala nikmat yang kita ada.. kau tahu siapa yang cipta kau?

“ ish, tahulah. Mestilah Allah”

“kau tahu siapa yang bagi kau akal?oksigen untuk bernafas? Mata? Telinga? Tangan? dan hati?”

“of course lah pencipta kita, Allah”

“kau tahu siapa yang anugerahkan kepada kau ibu bapa yang menyayangi kau? Adik beradik yang sayang kepada kau? dan aku ni yang sayang sangat kepada kau?

“Allah. Semuanya Allah yang anugerahkan..”

“ ha sekarang kau sedar tak?”

“sedar dah..”

“ape yang kau sedar?”

“aku sedar semuanya datang dari Allah..”

“lagi?” soal amir lagi..

“lagi apa?”

“kau sedar tak. Allah telah memberi segala-galanya kepada kau, apa benda yang kau nak kata Allah tak bagi? Semua Allah bagi kat kau.. kau kacak, Allah beri.. kau bijak, itupun Allah yang beri”

“tahu..aku memang syukur dengan nikmat Allah ni”

“ abis tu sanggup ke kau kecewakan Allah demi perasaan cinta kau yang kau tu? Kau sanggup ke kecewakan Allah setelah Allah beri pelbagai nikmat kepada kau..? kau sanggup membelakangkan Allah demi dia?”

hmm. aku tertunduk seribu bahasa

“insyaAllah, kau boleh.. sesungguhnya.. kita ini memang hamba Allah yang lemah. Sebab itu kita kena mohon kepada Allah Yang Maha Kuat memberi kekuatan kepada kita untuk melawan segala ujian yang datang kepada kita.. aku yakin bila niat kita baik, insyaAllah hasilnya juga baik.. yakinlah sahabatku ! Allah sentiasa bersamamu, sayang kau kepada dia tidak menjamin apa–apa bentuk kebahagian pun kerana rasa sayang kau tu disalurkan pada jalan yang tidak diredhai oleh-Nya.. bahagia pun mungkin sekejap dan pasti selepas itu merana mesti tidak sekejap macam kau lalui sekarang. Teruskan niat baik kau tu. redhalah dengan ketentuan Allah. Allah masih sayangkan kau. DIA mahu mengingatkan kau dari terus lalai dibuai cinta palsu. Aku sentisa ada bersama kau, menyokong kau.. kalau ditakdirkan aku tiada pun. Kau kena ingat Allah sentiasa ada bersama kita.. jangan sia-siakan kesedaran yang Allah telah beri ini.. takut-takut bila kesempatan ini tidak digunakan.. tiada lagi kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada kita.. bertaubatlah. Sesungguhnya Allah amat cinta kepada hamba-Nya yang kembali pada jalan-Nya... InsyaAllah”

“terima kasih amir! InsyaAllah.. demi Cinta-Nya aku akan cuba lupakan dia yang tidak menjamin apa-apa...”

“alhamdulillah.. teruskan bermujahadah melawan perasaanmu wahai sahabatku..semoga Allah sentiasa meredhai kehidupanmu. Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan,kekecewaan,dan tak kekal..Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,tidak akan pernah mengecewakan. itulah cinta abadi..Cinta yang diredhai..”

“insyaAllah..”


Alhamdulillah. kini sudah genap 2 bulan pernikahan si dia dengan si pilihan hati. ku doakan semoga kau terus bahagia di bawah redhaNya. dan kini baruku sedar hikmah Allah SWT amatlah hebat. kini ku mulai tenang disamping keluarga, sahabat-sahabat dan insan di sekeliling aku. ketenangan yang kurasai sekarang tidak sama dengan ketenangan bersulam dosa tatkala bersamamu suatu hari dulu. terima kasih kerana meninggalkan aku. ku amat bersyukur atas ujian Yang Maha Hebat. tepatlah apa yang pernah diutarakan sahabat tatkala diriku diselimuti kesedihan, 'Allah buat sesuatu untuk sesuatu'. kini baru kurasai 'sesuatu' yang Allah ingin ku kecapi di dalam hidup ini. Alhamdulillah yaAllah.

“Allah ada sebab tak bagi dia end up dengan kamu.. ni janji Allah, Dia telah sediakan someone yang terbaik untuk kamu.. cuma masanya belum sampai lagi..” – Fana

“Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya” – Ust. Pahrol Mohamad Juoi; Tentang Cinta

wassalam.. :)