Followers

Thursday 16 May 2013

Beruntunglah Wahai Hati Yang Bersedih

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

ingat 5 perkara sebelum 5 perkara bukan?
antaranya lapang sebelum sempit..
memang ku akui, waktu lapang inilah perlu digunakan sebaik-baiknya sebelum datangnya waktu sempit,
bila waktu sempit menghimpit bukan setakat update entri, kadang-kadang makan minum pun tak terurus..
tapi tu bukan main point kali ini yea :)

main point kali ni adalah tentang satu perkara yang Allah SWT anugerahkan tetapi kebiasaannya kita tidak menganggap yang ianya adalah satu anugerah..

satu perkara yang Allah SWT akan campakkan ke dalam hati kita yang menyebabkan kita tak mampu lakukan apa-apa.


satu perkara yang dianggap akan menyebabkan kekecewaan pada permulaannya sebenarnya merupakan pemangkin untuk kita bangkit pada kesudahannya tanpa diri sedari,,

itulah kesedihan..

siapa yang mahu bersedih bukan? semua insan tahu kesedihan merupakan perkara yang tidak seorang pun inginkan..

tidak kiralah siapa kita, apabila Allah SWT 'anugerah'kan kesedihan ini kepada kita, tiada apa yang mampu kita lakukan..maka mengalirlah air mata kesedihan.

tapi,,

cuba kita amati apakah setiap kesedihan akan berpanjangan begitu sahaja? adakah Allah SWT yang Maha Penyayang sanggup melihat hamba yang Dia sangat cintai bersedih berpanjangan? pastinya tidak kan?

Allah SWT kan TUHAN kita..
Pemilik kita..
Penjaga kita..
Pelindung kita..
pastinya Dia tahu apa yang terbaik untuk kita :)

cubalah kita lihat, berapa ramai yang mencari Allah ketika gembira,,
tidak ramai bukan?
tapi cuba lihat berapa ramai orang yang mencari Allah ketika sedang bersedih,,

Allah SWT pastinya merindui suara kita mengadu, suara kita meminta, suara kita menangis dihadapannya.. cuba bayangkan jika kesedihan tiada.. pastinya kita akan terus leka dibuai kegembiraan..Allah SWT amat menyayangi kita, hambaNya,,lalu didatangkan kesedihan dihati supaya kita bergembira diakhirat nanti..

memang benar kita tidak disuruh mencari kesedihan tetapi lihatlah bagaimana kesedihan mampu mendekatkan kita dengan Allah Pemilik kita..

mungkin sebelum ini kita seorang yang sombong, seorang anak yang tidak menghargai ibu bapa, seorang yang lupa kepada Allah dan tidak pernah rasa bersalah pabila dosa dilakukan..tapi pabila kesedihan dianugerahkan menyebabkan kita kembali sedar yang sebelum ini kita tidak punyai apa-apa..menyebabkan seorang anak sedar betapa besarnya nilai ibu bapa bagi seorang anak untuk terus berjaya hingga ke syurga,,

Allah tidak pernah melupakan kita, diberiNya ujian kesedihan kepada kita hingga kadang-kadang tanpa kita sedar kita menyebut "yaAllah,kasihanilah aku", "yaAllah, ampunilah aku", "yaAllah,permudahkan urusanku"..

lihatlah,,
dengan kasih dan rahmat Allah..kesedihan yang kita rasa menyusahkan mampu mendekatkan kita dengan Allah SWT..bila mengalirnya air mata kesedihan bukan bermakna kita tewas tapi merupakan peluang untuk kita bangun menjadi manusia yang lebih baik dan air mata itulah yang mampu menjadikan kita manusia yang luar biasa..

yakinlah, percayalah, dan bertaubatlah kepada Allah.. insyaAllah jalan keluar pasti ada untuk kita hambaNya..


Saturday 16 February 2013

Kehebatan Akhlak Rasulullah Mengawal Kemarahan Yahudi Pengutip Hutang

Suatu kisah ketika Rasulullah SAW sedang duduk ditengah-tengah para sahabat, tiba-tiba datang seorang rahib yahudi bernama Zaid bin Sa’nah. Kemudian dia menyambar kain Rasulullah SAW dan berkata dengan kasar; “Ya Muhammad! Bayarlah hutangmu. Kamu keturunan Bani Hasyim melambat-lambatkan pembayaran hutang.”

Sememangnya ketika itu Rasulullah SAW berhutang dengan yahudi tersebut. Tetapi Rasulullah mengerti bahawa masa yang dijanjikan untuk membayarnya belum sampai. Melihatkan keadaan sebegitu, Saidina Umar r.a lalu bangun dan menghunus pedangnya. “Wahai Rasulullah SAW, izinkan aku memenggal leher manusia yang kurang ajar ini.”

Namun, dengan penuh kelembutan dan ketenangan Rasulullah SAW bersabda; “Ya Umar, aku tidak disuruh berdakwah dengan cara yang kasar. Antara aku dan dia memang memerlukan kebijaksanaan daripadamu. Suruhlah dia menagih hutangnya dengan sopan dan ingatkanlah aku supaya aku dapat membayar hutangku dengan baik.”

Mendengar sabda Rasulullah SAW tersebut, orang yahudi itu pun berkata: “Demi yang mengutusmu dengan kebenaran, sebenarnya aku tidak akan datang untuk menagih hutang, tetapi aku datang untuk menguji akhlakmu. Aku mengerti masa untuk melunaskan hutang itu sebelum sampai waktunya. Akan tetapi aku telah membaca sifat-sifatmu dalam kitab Taurat. Semua sifat-sifatmu sungguh terpuji. Namun masih ada satu sifatmu yang belum aku ketahui iaitu tentang kebijaksanaanmu bertindak ketika waktu marah. Ternyata tindakan ceroboh yang dilakukan orang terhadapmu, engkau masih dapat mengawalnya dengan cara bijaksana.”

Ini merupakan satu hakikat yang aku saksikan sendiri, maka terimalah Islamku ya Rasulullah SAW. Kemudian orang yahudi itupun mengucap dengan mengakui Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Rasulullah SAW adalah pesuruh ALLAH.

Kemudian ia berkata lagi: “Wahai Rasulullah, adapun hutangmu, aku sedekahkan kepada fakir miskin dan kaum muslimin”

Demikianlah antara sebuah kisah kehebatan akhlak Rasulullah SAW dalam menghadapi marah. Manakala, hari ini dalam menguruskan kemarahan yang terjadi tanpa diminta, adalah menjadi tanggungjawab setiap insan dalam menghadapi situasi yang mudah mengundang marah, memerlukan tindakan pantas kepada memikirkan sabar.

Rasulullah bersabda bermaksud :

“Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).” (Riwayat al-Tirmizi)

Wednesday 9 January 2013

Memohon Tiada Pengakhiran


selalu kita hendakkan sesuatu,,
selalu kita minta ditunaikan,,
selalu kita dapat apa yang kita nak,,

tp,,,

selalu kita lupa SIAPA yang tunaikan hajat kita,,
selalu kita lupa mengucapkan syukur atas kurniaanNYA
selalu kita leka dengan nikmat yang telah kita ada,,
selalu kita salah guna nikmat yang telah kita dapat,,

tp ada juga,,

kadang-kadang bukan semua yang dihajatkan dapat,,
kadang-kadang mereka bersedih kerana hajat tidak ditunaikan,,
kadang-kadang takdir disalahkan,,

****

ketahuilah wahai hati,,kadang-kadang apa yang kita hajatkan tak selalunya indah,,
kita hanya hamba,,
yang tidak mengerti apa-apa tentang rencana Yang Maha Pencipta..
hanya DIA yang Maha Mengetahuinya..

ketahuilah wahai hati,,kadang-kadang lain yang kita hajati, lain yang ditunaikan,,
kita hanya hamba,,
yang sentiasa terdorong dengan nafsu,,yang amat cetek pemikirannya,,
DIA Yang Maha Penyayang tahu apa hikmahNya.. DIA mahu memberi apa yang terbaik buat hambaNya..
mungkin apa yang kita hajati hanya baik pada yang tersurat tapi Sang Pencipta Maha Bijaksana pasti tahu apa yang tersirat..

yakinlah wahai hati,, DIA amat menyayangimu.. DIA mahukan yang terbaik untukmu..DIA Maha Mengetahui.. DIA tahu apa yang telah DIA rencanakan buatmu adalah yang terbaik,, kita bukan siapa-siapa untuk memikirkan soal takdir dan urusan Ilahi..

bersabarlah wahai hati,,mungkin permintaanmu tidak DIA tunaikan sekelip mata,, percayalah.. DIA sedang rindukan suaramu merintih merayu padaNYA..mungkin sesuatu yang kamu pinta akan DIA tunaikan tanpa kamu sedari..mungkin bukan dalam bentuk yang kamu hajatkan malah ianya lebih baik daripada itu..

istiqamahlah wahai hati,, teruskan mendekatiNYA andai kata permintaanmu DIA perkenankan.. andaikata masanya belum tiba jangan kamu gusar.. teruskan mendekatkan diri padaNYA.. jangan sekali-kali kamu berputus asa.. DIA Maha Mendengar,, Maha Melihat,,

teruskanlah wahai hati,, dekatlah kamu dengan Ilahi,,kamu bukan lalang,,sekali ditiup sekali bergoyang,,andai tiada angin maka pegunlah kamu..andai tiada hajat maka tidaklah kamu mendekati Empunyamu..
wahai hati, kamu adalah hamba,, hamba yang tugasnya adalah mentaati dan mendekati pemilikmu Yang Maha Esa..

maka sentiasalah kamu bersyukur dengan segala ketentuanNya wahai hati..moga ALLAH redha.. :)