jiwa kental pemuda hancur luluh tatkala membaca sms yang disangka madah cinta. hancur bak kaca terhempas ke batu. cinta yang disulam sejak dibangku sekolah hancur begitu sahaja. janji-janji yang pernah terukir lenyap dalam sekelip mata.
kini sudah lebih 6 bulan kejadian itu berlalu. kejadian yang banyak merubah diriku. ku cuba kuatkan diri tatkala memori bersamanya terbayang difikiran. ku cuba lenyapkan dia dari ingatan. tapi apakan daya. ku hanya insan yang lemah. insan yang terlalu berharap pada cinta yang belum pasti. semakin ku cuba, ingatan tentang dia semakin kuat. yaAllah.. bantulah aku..
**********
"wahai sahabatku, sampai bila kau mahu begini? kau dah tak seceria dulu. kerana cinta manusia kau jadi begini? kami benar-benar rindukan senyum tawamu sahabat", kata-kata amir sahabatku di beranda masjid pada malam itu membuatkanku keliru. dia tidak memahamiku atau dia sedang mengambil berat tentangku. begitulah perasaan tatkla diri dirasuk kecewa. nasihat yang sepatutnya diterima dengan baik tapi telah disalahertikan.
"amir, kau pernah duduk kat situasi aku? kau pernah kecewa? kau tak faham amir. cakap memang mudah. tapi aku yang menanggung. sakit amir. sakit", tanpa disangka air mataku mengalir membasahi pipi.
"lelaki yang soleh tak akan mudah menyerah kepada cinta seorang wanita yang belum pasti menjadi isteri sahabatku". mendatar suara amir.
"macam mana boleh kau cakap kau sayang dia sedangkan kau sedang membawa dia ke jalan yang salah?".
"tapi kami tak pernah jumpa. tak pernah buat benda-benda salah".
"sahabatku. hukum tak menghalalkan cara. dalam tak sedar kau dah rosakkan hati kau dah hati dia"
kata-kata yang membuatkan imanku tercegat. Menusuk kalbu! Syukur aku mempunyai sahabat yang mampu membimbingku ke jalan Ilahi. amir, syabab yang terlekat kopiah dikepalanya. wajahnya begitu menyejukkan mata. Selalunya dialah tempat aku meluahkan segala kekusutan yang melanda diri..
"jodoh tu urusan Allah,. kalau kau rasa kau sayang dia then nak bercinta dgn dia smpai kahwin. padahal skrg kau tak ada apa-apa. tak ada jaminan kau akn kahwin dengan dia satu hari nanti. itu bukan ikhtiar sahabatku. jgn memberatkan hidupmu dengan memikirkan urusan Allah.. Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya "
air mataku kembali berguguran.
“ ish, tahulah. Mestilah Allah”
“kau tahu siapa yang bagi kau akal?oksigen untuk bernafas? Mata? Telinga? Tangan? dan hati?”
“of course lah pencipta kita, Allah”
“kau tahu siapa yang anugerahkan kepada kau ibu bapa yang menyayangi kau? Adik beradik yang sayang kepada kau? dan aku ni yang sayang sangat kepada kau?
“Allah. Semuanya Allah yang anugerahkan..”
“ ha sekarang kau sedar tak?”
“sedar dah..”
“ape yang kau sedar?”
“aku sedar semuanya datang dari Allah..”
“lagi?” soal amir lagi..
“lagi apa?”
“kau sedar tak. Allah telah memberi segala-galanya kepada kau, apa benda yang kau nak kata Allah tak bagi? Semua Allah bagi kat kau.. kau kacak, Allah beri.. kau bijak, itupun Allah yang beri”
“tahu..aku memang syukur dengan nikmat Allah ni”
“ abis tu sanggup ke kau kecewakan Allah demi perasaan cinta kau yang kau tu? Kau sanggup ke kecewakan Allah setelah Allah beri pelbagai nikmat kepada kau..? kau sanggup membelakangkan Allah demi dia?”
"Menangis tak salah pun sahabat, yang salahnya ialah menyalahkan takdir dan bersangka buruk pada Allah. Yakinlah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Apapun, semoga kita cukup cubaan dan dugaan untuk menjadikan kita kuat menghadapi cabaran. Think positive okey. percayalah! Allah SWT buat sesuatu untuk sesuatu sahabatku. pasti ada hikmah DIA yang tersembunyi. bersabarlah. kalau dia datang lagi di ingatan kau ambillah wuduk, bacalah kalamNYA. Pasti hati kau akan kembali tenang. cukuplah mengenang kenangan yang lalu. hidupmu perlu diteruskan. aku doakan kau sentiasa tabah sahabat.Ingat, jangan pernah fikir bahawa kita berseorangan. Allah itu sentiasa ada bersama kita.. hm, memang susahkan nak lupakan seseorang yang banyak memberikan segalanya kepada kita kan? tapi kau mesti ingat dan sedar siapa yang paling banyak memberi kita segala nikmat yang kita ada.. kau tahu siapa yang cipta kau?
“kau tahu siapa yang bagi kau akal?oksigen untuk bernafas? Mata? Telinga? Tangan? dan hati?”
“of course lah pencipta kita, Allah”
“kau tahu siapa yang anugerahkan kepada kau ibu bapa yang menyayangi kau? Adik beradik yang sayang kepada kau? dan aku ni yang sayang sangat kepada kau?
“Allah. Semuanya Allah yang anugerahkan..”
“ ha sekarang kau sedar tak?”
“sedar dah..”
“ape yang kau sedar?”
“aku sedar semuanya datang dari Allah..”
“lagi?” soal amir lagi..
“lagi apa?”
“kau sedar tak. Allah telah memberi segala-galanya kepada kau, apa benda yang kau nak kata Allah tak bagi? Semua Allah bagi kat kau.. kau kacak, Allah beri.. kau bijak, itupun Allah yang beri”
“tahu..aku memang syukur dengan nikmat Allah ni”
“ abis tu sanggup ke kau kecewakan Allah demi perasaan cinta kau yang kau tu? Kau sanggup ke kecewakan Allah setelah Allah beri pelbagai nikmat kepada kau..? kau sanggup membelakangkan Allah demi dia?”
hmm. aku tertunduk seribu bahasa
“insyaAllah, kau boleh.. sesungguhnya.. kita ini memang hamba Allah yang lemah. Sebab itu kita kena mohon kepada Allah Yang Maha Kuat memberi kekuatan kepada kita untuk melawan segala ujian yang datang kepada kita.. aku yakin bila niat kita baik, insyaAllah hasilnya juga baik.. yakinlah sahabatku ! Allah sentiasa bersamamu, sayang kau kepada dia tidak menjamin apa–apa bentuk kebahagian pun kerana rasa sayang kau tu disalurkan pada jalan yang tidak diredhai oleh-Nya.. bahagia pun mungkin sekejap dan pasti selepas itu merana mesti tidak sekejap macam kau lalui sekarang. Teruskan niat baik kau tu. redhalah dengan ketentuan Allah. Allah masih sayangkan kau. DIA mahu mengingatkan kau dari terus lalai dibuai cinta palsu. Aku sentisa ada bersama kau, menyokong kau.. kalau ditakdirkan aku tiada pun. Kau kena ingat Allah sentiasa ada bersama kita.. jangan sia-siakan kesedaran yang Allah telah beri ini.. takut-takut bila kesempatan ini tidak digunakan.. tiada lagi kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada kita.. bertaubatlah. Sesungguhnya Allah amat cinta kepada hamba-Nya yang kembali pada jalan-Nya... InsyaAllah”
“terima kasih amir! InsyaAllah.. demi Cinta-Nya aku akan cuba lupakan dia yang tidak menjamin apa-apa...”
“alhamdulillah.. teruskan bermujahadah melawan perasaanmu wahai sahabatku..semoga Allah sentiasa meredhai kehidupanmu. Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan,kekecewaan,dan tak kekal..Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,tidak akan pernah mengecewakan. itulah cinta abadi..Cinta yang diredhai..”
“insyaAllah..”
“terima kasih amir! InsyaAllah.. demi Cinta-Nya aku akan cuba lupakan dia yang tidak menjamin apa-apa...”
“alhamdulillah.. teruskan bermujahadah melawan perasaanmu wahai sahabatku..semoga Allah sentiasa meredhai kehidupanmu. Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan,kekecewaan,dan tak kekal..Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,tidak akan pernah mengecewakan. itulah cinta abadi..Cinta yang diredhai..”
“insyaAllah..”
Alhamdulillah. kini sudah genap 2 bulan pernikahan si dia dengan si pilihan hati. ku doakan semoga kau terus bahagia di bawah redhaNya. dan kini baruku sedar hikmah Allah SWT amatlah hebat. kini ku mulai tenang disamping keluarga, sahabat-sahabat dan insan di sekeliling aku. ketenangan yang kurasai sekarang tidak sama dengan ketenangan bersulam dosa tatkala bersamamu suatu hari dulu. terima kasih kerana meninggalkan aku. ku amat bersyukur atas ujian Yang Maha Hebat. tepatlah apa yang pernah diutarakan sahabat tatkala diriku diselimuti kesedihan, 'Allah buat sesuatu untuk sesuatu'. kini baru kurasai 'sesuatu' yang Allah ingin ku kecapi di dalam hidup ini. Alhamdulillah yaAllah.
“Allah ada sebab tak bagi dia end up dengan kamu.. ni janji Allah, Dia telah sediakan someone yang terbaik untuk kamu.. cuma masanya belum sampai lagi..” – Fana
“Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya” – Ust. Pahrol Mohamad Juoi; Tentang Cinta
wassalam.. :)