Bagaimana untuk memperkuatkan kesabaran dalam menghadapi masalah yea?
“hidup ni hanyalah untuk menyelesaikan masalah.. lepas satu masalah selesai, masalah lain pulak yang akan datang, penat! Seolah-olah hidup ini hanyalah untuk menyelesaikan masalah semata-mata.”
mungkin ayat ini pernah terkeluar dari bibir tanpa disedari bukan?
tak dapat lagi kita nafikan mungkin
statement ini terpacul keluar tatkala diri terlalu letih dan merasakan diri tidak lagi mampu menghadapi ujian..
Apatah lagi masalah yang dihadapi terlalu berat dan sudah tidak tertanggung lagi. Perkataan sabar dan kata-kata semangat dari orang sekeliling seolah-olah tidak punyai makna lagi ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sehingga kita merasa, tidak ada orang dalam dunia ini yang paling besar masalahnya selain daripada kita..
Kita merasakan masalah kitalah yang paling besar dan berat sekali. Tidak akan ada orang yang memahami apa yang kita rasa. Pandangan simpati daripada sahabat handai hanya sekadar pandangan kosong yang tidak punyai apa-apa makna. Begitulah analogi beratnya perasaan yang dirasa apabila diri ditimpa masalah. Apatah lagi apabila masalah yang datang itu secara berepisod.
Belum selesai satu masalah, masalah lain pula yang datang. Kekadang mengundang sesak di minda dan merasakan hidup sudah tidak punya alasan untuk merasa ceria dan bahagia. Malah lebih teruk, kita merasakan diri sudah tidak punyai apa-apa lagi, kesabaran menipis, nafsu amarah dan kepercayaan bahawa Allah sentiasa bersama hsmba-hamba-Nya yang sabar sudah mulai tergugat..
"Wahai hamba ALLAH, ALLAH itu Tuhan saya, Tuhan anda, Tuhan dia, Tuhan mereka, Tuhan kita SEMUA..DIA AR-RAHMAN..setiap apa yang didatangkan kepada kita pasti ada kebaikannya..DIA MAHA MENGETAHUI..MAHA BIJAKSANA..mungkinkah segala yang didatangkannya hanyalah sia-sia?"
pasti tidak bukan? pasti ada tujuan kita diuji sedemikian. DIA AR-RAHIM.. sesungguhnya ujian adalah tanda kasihNYA kepada hamba-hambaNYA..mungkin kerana kelalaian kita menghirup arus dunia tanpa sempat mengingatiNYA ditambah pula dengan amalan ibadah harian yang kurang sempurna. kita diingatkan dengan ujian..
Firman-Nya yang bermaksud;
“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu)”
(At-Taghaabun: Ayat 11)
saudaraku,sesungguhnya kita memang sudah sedia maklum. Tiada jalan lain untuk menangani masalah yang dihadapi, tiada cara lain yang ada untuk meningkatkan kesabaran dan memperkukuhkan iman di dalam diri selain dari mendekatkan diri kita kepada Allah. Tiada jalan lain selain daripada menjaga hubungan kita dengan Allah S.W.T. Pencipta kita yang Maha Agung. Pencipta kita yang Maha Lembut, Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Sungguh. Tiada cara lain selain daripada menjaga hubungan kita dengan Allah S.W.T
Pada saat kesabaran dan iman makin menipis, maka dirikanlah solat dan berdoalah kepada-Nya agar kita sentiasa dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi untuk menghadapi ujian dan dugaan-Nya. Mohonlah kepada-Nya untuk membantu kita untuk terus istiqamah dalam beribadah kepada-Nya, diberi kekuatan untuk bermujahadah melawan segala jenis nafsu. Kerana, sesungguhnya hanya Dia yang Maha Pelindung dan Maha Mengabulkan doa-doa hamba-Nya.. Iman manusia seperti kita memang sentiasa fluctuate. Jangan risau, apa yang perlu dilakukan ialah berusaha dengan jalan yang sabar.
Firman-Nya yang bermaksud;
“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.”
(Al-Baqarah: Ayat 153)
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”(Al-Baqarah: Ayat 45)
Dari itu, jagalah hubungan kita dengan Allah S.W.T maka insya Allah Dia akan menjaga dan menolong kita. Insya Allah, keyakinan dan keimanan kepada-Nya juga akan dapat dipertingkatkan. Titipkanlah doa di akhir setiap solat agar Dia memberikan kekuatan kepada kita untuk terus istiqamah dalam beribadah serta kekuatan untuk bermujahadah melawan kemungkaran.
“Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku.”
(Al-Fajr: Ayat 27)
Semoga kita semua sentiasa dalam redha dan limpahan rahmat-Nya.. aamiin
No comments:
Post a Comment