Followers

Friday 8 June 2012

Jodoh oh jodoh..

JODOH?

Perlukah ianya dicari?
mungkin soalan ini sering bermain difikiran kita.. adakah kerana runsing memikirkan masa depan tanpa teman?

Jodoh… Jodoh itu di tangan Tuhan. Tiada sedikitpun kuasa dari tangan manusia untuk menetapkan siapa yang bakal kita kahwini kelak. 
Barangkali ramai yang menyangka bahawasanya jodoh itu mampu di rancang mengikut kebahagiaan diri sendiri, namun kenyataannya adalah tidak.


Jodoh itu merupakan ketetapan Tuhan yang tidak berubah biarpun sedikit.

Jodoh? Kalau tidak dicari adakah akan datang bergolek?

InsyaAllah. Janji Allah itu pasti..

Sesungguhnya jangan bimbang wahai hati. Semua telah Allah tetapkan. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? 

Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha. Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Sebagai seorang hamba kita wajib menerima takdir dan ianya tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.
Yang paling penting, bernikahlah kerana Allah Taala. Jadikan gerbang perkahwinan itu sebagai satu ibadah. Kerana dalam dunia rumah tangga itu,masing-masing punya tanggungjawab yang perlu di tunaikan.

Alangkah indahnya jika di saat si suami mengimamkan solat,isteri dan anak-anak turut serta menjadi makmum di belakang serta mengaminkan segala doa yang di panjatkan.Itulah nikmat yang bakal di perolehi andai semua yang kita lakukan kerana Allah..

Justeru itu, selagi diri masih punyai waktu marilah kita berubah kearah kebaikan..

Marilah kita "menjadi" dan bukannya "mencari"..

Yakinlah dengan firman Allah S.W.T
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)
Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya kita masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk kita ikuti?




1 comment: